Waktu Solat

Dapatkan widget waktu solat ini

AD (728x90)

Isnin, 31 Ogos 2015

Salam Kemerdekaan Ke-58 - #SehatiSejiwa

Share it Please

Tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat buat negara Malaysia kerana pada tarikh ini 58 tahun yang lalu, Persekutuan Tanah Melayu bebas sepenuhnya daripada penjajahan British. 

Pada tahun 1963, Singapura, Sabah dan Sarawak telah bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu membentuk Malaysia (kemudian Singapura keluar dari Malaysia pada tahun 1965).

Kita mungkin tidak menghargai kemerdekaan yang kita rasai hari ini kerana kita lahir pada zaman selepas merdeka. Kita tidak merasai perit jerih keringat dan darah pejuang-pejuang kemerdekaan sebelum ini. Ramai pejuang yang telah gugur demi memberikan kemerdekaan kepada ibu pertiwi ini. Jika anda masih mempunyai datuk dan nenek, cuba tanya mereka bagaimana rasanya hidup di zaman sebelum merdeka. Anda pasti berasa sedih dan akan lebih menghargai kemerdekaan yang telah kita kecapi ini.

Bapa Kemerdekaan negara kita, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang juga Perdana Menteri Pertama Malaysia pernah berkata "Merdeka itu bukanlah suatu benda yang mudah boleh didapati, melainkan ialah dikehendaki untuk mendapatkannya itu iaitu pengorbanan yang sebenar pengorbanan. Dengan kerananya kita terpaksa mengorbankan, bukan sahaja wang ringgit dan usaha dan tenaga bahkan jiwa kita sendiri juga… ”



Tema sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-58 pada tahun ini ialah #SehatiSejiwa. Ia membawa maksud kesepaduan rakyat Malaysia di Semenanjung dan juga Sabah dan Sarawak. Walaupun kita berbeza bangsa, budaya dan agama, kita boleh bersatu dan bekerjasama memajukan negara bertuah ini. Hayatilah bait-bait lirik lagu tema Hari Kemerdekaan kita tahun ini.



Kita hendaklah bersyukur kerana lahir di bumi Malaysia dan kita perlu pertahankan kemerdekaan yang telah kita kecapi ini daripada ancaman-ancaman luar.

Marilah kita mengirimkan Al-Fatihah kepada pejuang-pejuang kemerdekaan yang telah demi membebaskan tanah air tercinta ini daripada penjajahan. Al-Fatihah.

#SehatiSejiwa


Written by

Blog yang memaparkan informasi terkini dalam bidang pendidikan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

© 2013 Cikgu Hal's Pandora. All rights resevered. Designed by Templateism