Setiap tahun pada tanggal 16 Mei, semua guru akan dirai sempena Hari Guru bagi mengenang jasa-jasa guru dalam mendidik para pelajar. Pada tahun ini, tema yang dipilih bagi sambutan Hari Guru peringkat kebangsaaan ialah "GURU: MEMBINA ILMU, MENYEMPURNAKAN AKHLAK"
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada para guru rakan seperjuangan saya serta guru-guru yang telah mengajar dan mendidik saya sejak saya kecil hingga sekarang. Jasa kalian tidak akan dapat saya balas, hanya Allah S.W.T sahaja dapat memberi ganjaran atas penat-lelah yang telah cikgu-cikgu taburkan.
Tidak lupa buat guru pertama saya iaitu arwah ibu dan arwah bapa saya, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ibu dan bapa saya. Hanya doa yang mampu saya titipkan buat mereka.
Buat semua anak murid saya di SMKJR, cikgu sudah memaafkan semua kesalahan-kesalahan kamu, dan cikgu doakan agar kalian berjaya menimba ilmu sebanyak mungkin di alam persekolahan. Cikgu juga ingin memohon maaf sekiranya cikgu ada terkasar bahasa, terkasar laku pada kalian.
Sebagai penutup saya sertakan sebuah sajak nukilan Ismala (1998)
Abadi Dalam Harum Nama
Guru pendidik mulia
sudah berabad lalu
bermandi keringat
meniti gigi hari
mendaki puncak tinggi
di merata lurah dan denai
menabur bakti
tanpa mau dipeduli.
Guru pendidik mulia
bukan untuk dipuja
atau di dewa-dewa
siang dan malarnnya
adalah perjuangan jua
rela meluah bahagia
menelan duka nestapa
dengan senyum dan takwa
biarpun sayup di hutan belantara.
Guru pendidik mulia
laksana kuntum kembang mekar
memuncak nama pembela sejahtera
abadi dalam harum nama
Guru pendidik mulia
sudah berabad lalu
bermandi keringat
meniti gigi hari
mendaki puncak tinggi
di merata lurah dan denai
menabur bakti
tanpa mau dipeduli.
Guru pendidik mulia
bukan untuk dipuja
atau di dewa-dewa
siang dan malarnnya
adalah perjuangan jua
rela meluah bahagia
menelan duka nestapa
dengan senyum dan takwa
biarpun sayup di hutan belantara.
Guru pendidik mulia
laksana kuntum kembang mekar
memuncak nama pembela sejahtera
abadi dalam harum nama
Terima Kasih, Cikgu
0 ulasan:
Catat Ulasan