Waktu Solat

Dapatkan widget waktu solat ini

AD (728x90)

Ahad, 11 Oktober 2015

Selamat Menduduki Peperiksaan PT3

Share it Please



 Mulai 12 Oktober (Isnin) hingga 15 Oktober (Khamis) 2015, murid-murid tingkatan tiga bakal menduduki peperiksaan bertulis PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3). Peperiksaan ini merupakan peperiksaan kali yang kedua seumpamanya sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2014. Peperiksaan PT3 telah menggantikan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang telah digunakan sekian lama.

Dalam peperiksaan PT3 ini, murid-murid akan diuji berdasarkan soalan-soalan yang lebih berunsurkan KBAT/HOTS (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi/High Order Thinking Skill). Format soalan juga telah diubah berbanding PMR.

Peperiksaan bertulis ini akan melibatkan 5 atau 6 subjek sahaja iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Kemahiran Hidup Brsepadu, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab/Tamil/Cina.

Dikesempatan ini, cikgu ingin mengucapkan "SELAMAT MAJU JAYA" dan mendoakan agar murid-murid semua dapat menjawab soalan-soalan PT3 nanti dengan cemerlang.


ALL THE BEST!

p/s Jangan lupa mulakan peperiksaan dengan berdoa kepada Allah S.W.T agar diterangkan hati ketika menjawab soalan.



Tags 
Soalan peperiksaan, soalan ujian, upsr, pt3, pmr, spm, sains, matematik, bahasa inggeris, english, bi, bm, bahasa melayu, bahasa malaysia, pemahaman, penulisan, karangan, science, biology, biologi, kimia, chemistry, fizik, physics, maths, add maths, matematik tambahan, ppt, pat, akhir tahun, pertengahan tahun, ujian bulanan, ujian bulan ogos, ujian bulan mac



Written by

Blog yang memaparkan informasi terkini dalam bidang pendidikan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

© 2013 Cikgu Hal's Pandora. All rights resevered. Designed by Templateism