Waktu Solat

Dapatkan widget waktu solat ini

AD (728x90)

  • Hijaukan Bumi

    Hijaukan Bumi

    "Kita tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang kita,
    sebaliknya kita meminjamnya daripada generasi akan datang.
    Oleh itu, jagalah alam sekitar supaya anak dan cucu kita dapat menikmatinya."
    Mahatma Gandhi

  • 1100 Broderick St

    Usaha Tangga Kejayaan

    Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian.
    Bersakit-sakitlah dahulu, bersenang-senang kemudian.

  • 868 Turk St

    Iqra'

    Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
    Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku,
    Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,
    Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,
    Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
    Surah Al-'Alaq (Ayat 1-5)

  • 420 Fell St

Isnin, 29 Disember 2014

Penangguhan Tarikh Bermula Sesi Persekolahan Tahun 2015 Akibat Banjir

KENYATAAN MEDIA Y.A.B. MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi  negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).  Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).  




Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;
a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk  dipulihkan; dan
b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.

Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.

Terima kasih.

Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014

p/s : Tan Sri Muhyiddin memang seorang yang prihatin dan peka dengan masalah rakyat. Tahniah dan terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin. Beruntunglah warga Malaysia mempunyai seorang Timbalan Perdana Menteri yang berjiwa rakyat ini. 

Kami warga pendidik juga simpati dengan mangsa-mangsa banjir di seluruh negara dan berharap agar musibah ini dapat dihadapi dengan sabar dan penuh ketabahan. Bak kata pepatah 'berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul'.

sumber: klik sini

 

Khamis, 25 Disember 2014

Banjir - Pray 4 Pantai Timur



Saban tahun negara kita dilanda banjir besar terutamanya pada hujung tahun di negeri-negeri pantai timur seperti Kelantan, Terengganu, dan Pahang. Namun kali ini banjir yang tiba sangat luar biasa kerana jumlah air hujan yang terlampau banyak menyebabkan air naik dengan begitu cepat dan pada paras yang tinggi. Situasi sebegini menyebabkan negeri Kelantan hampir terputus hubungan dengan negeri-negeri lain di semenanjung. Banyak jalan-jalan yang telah dinaiki air dan tidak kurang pula jalan raya yang runtuh. Terdapat hanya 1 atau 2 jalan sahaja yang dapat dilalui untuk ke Kelantan.

Pada masa ini semua agensi kerajaan seperti pasukan Bomba dan Penyelamat, JPAM, PDRM, ATM serta lain-lain lagi sedang giat memindahkan mangsa-mangsa banjir ke tempat yang lebih selamat. Sehingga kini, keadaan masih belum reda dan seramai 90,000 mangsa banjir di lima negeri telah dipindahkan. Semua maklumat terkini berkenaan bencana banjir boleh diperolehi di portal Majlis Keselamatan Negara (MKN)




Kita sebagai seorang insan mestilah mengganggap semua ini merupakan ujian daripada Allah s.w.t. Kita hendaklah bersabar dan redha terhadap ujian yang sedang berlaku ini. Marilah kita menadah tangan untuk berdoa ke hadrat Illahi agar kita dilindungi dari segala bencana yang lebih besar di samping memohon ampun kepadanya atas segala kesilapan yang telah kita lakukan.

Diharapkan kita sama-sama dapat membantu mangsa-mangsa banjir ini dalam apa jua bentuk yang kita mampu, sama ada tenaga, wang ringgit atau barang-barang keperluan asas. Hulurkan sumbangan anda kepada badan-badan kerajaan atau swasta yang sedang membantu mangsa-mangsa banjir ini agar beban yang mereka tanggung dapat diringankan (sila klik link di bawah)


Kepada semua mangsa-mangsa banjir, diharapkan anda semua dapat bersabar menghadapi dugaan ini, Kami seluruh rakyat Malaysia sentiasa berada di sisi anda sambil berdoa dan memberikan sokongan.

Ayuh Malaysia, Pray 4 Pantai Timur!




Kredit: Johor Southern Tigers, Astro Awani, Majlis Keselamatan Negara, Blog Rossa Calla





 

Selasa, 23 Disember 2014

Gaji Kakitangan Kerajaan Tahun 2015


Hari yang ditunggu oleh kebanyakkan daripada kita adalah hari gaji. Jadi, saya paparkan jadual tarikh-tarikh pembayaran gaji tahun 2015 untuk kemudahan anda. Oleh itu disarankan agar semua kakitangan awam dapat menyimpan tarikh-tarikh penting ini bagi memudahkan anda semua merancang perbelanjaan dengan berhemah. Bonus setengah bulan gaji akan dibayar bersama gaji bulan Januari 2015



Menabung amalan yang baik. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.



Isnin, 22 Disember 2014

Keputusan PT3 2014 Diumumkan Hari Ini

Pagi tadi, para pelajar yang telah menduduki peperiksaan PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3) sudah pun mengetahui hasil usaha mereka selama 3 tahun belajar di sekolah menengah. Keputusan PT3 setiap calon bagi seluruh negara boleh diperolehi di sekolah masing-masing. PT3 merupakan salah satu komponen di dalam PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) yang menggantikan sistem peperiksaan PMR.

Pasti ada yang gembira, ada yang berduka, ada yang marah atau perasaan yang bercampur-baur sebaik sahaja menatap slip keputusan PT3 masing-masing. Begitu juga dengan para ibu bapa serta guru, mereka tentu merasakan sesuatu apabila melihat keputusan peperiksaan PT3. Secara keseluruhannya berlaku penurunan mendadak dari segi pencapaian gred pelajar bagi kebanyakkan sekolah di Malaysia. Bilangan pelajar yang mendapat semua A pasti menurun kerana soalan-soalan PT3 menitik beratkan kaedah berfikir aras tinggi, maksudnya bentuk soalannya lebih sukar berbanding PMR.

Contoh slip keputusan PT3

Walau apa jua keputusan yang diterima, ia pasti sedikit sebanyak menunjukkan usaha kita terhadap pelajaran, baik pelajar, ibu bapa mahupun guru. Redhalah dengan apa yang diperolehi kerana perjalan anda masih jauh. Tanamlah azam untuk berusaha lebih keras lagi bagi mengadapi peperiksaan SPM dua tahun lagi.

Di sini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua murid yang telah berjaya mendapat keputusan yang baik. Kekalkan momentum kerajinan anda agar anda terus menerus dapat mengecap kejayaan di masa hadapan.

Ucapan tahniah daripada Perdana Menteri

Jika anda gagal hari ini tidak bermakna anda akan gagal selama-lamanya. Bangkit....bangkit dari lamunan, bangkit dari sifat negatif, ubah sikap anda sekarang kerana masih belum terlambat untuk anda berubah.

Ayuh! Mulakan dengan azam baru Tahun 2015... menjadi anak yang soleh, cemerlang di dunia dan di akhirat.

Ammiinnn ya Rabbal Alamin

Ahad, 21 Disember 2014

FROG Pembelajaran Secara Online


Mungkin ramai pelajar yang masih tidak tahu apa itu pembelajaran melalui FROG. Ia adalah salah satu kaedah terkini yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan untuk membolehkan pelajar belajar secara 'online' di mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Setiap murid, guru dan ibu bapa akan diberikan satu "Nama Pengguna" dan satu "Kata Kaluan" untuk log masuk ke dalam alam pembelajaran FROG. Setiap murid akan dapat melihat dan belajar melalui laman-laman yang telah dibina oleh guru-guru di sekolah masing-masing sahaja.

Oleh itu, para guru memainkan peranan yang amat penting untuk menyediakan laman-laman pembelajaran untuk anak-anak murid mereka. Nota, gambarajah, carta, dokumen dan video boleh dimuat-naik oleh para guru. Latihan dan tugasan boleh diberikan di laman FROG untuk pelajar jawab dan hantar semula kepada guru untuk disemak.


Mulai tahun 2015, diharapkan semua pelajar akan mempunyai akses kepada laman FROG sekolah masing-masing. Ia merupakan kaedah terbaharu yang dapat menarik minat para pelajar untuk belajar di samping dapat menimba ilmu dengan cepat. Terdapat banyak lagi ciri tambahan pada FROG yang tidak dapat cikgu terangkan di sini


Paparan untuk log masuk


Di bawah ini cikgu ingin paparkan laman FROG yang cikgu telah bina untuk kegunaan murid-murid di sekolah cikgu. Laman ini masih lagi baru dan masih belum lengkap sepenuhnya. Namun ia akan sentiasa ditambah-baik dari masa ke semasa.

Laman Sains
Selamat melompat!

Sabtu, 20 Disember 2014

Belang Harimau Malaya Di AFF Piala Suzuki 2014

Demam bolasepak Piala Suzuki 2014 baru melabuhkan tirainya. Semua sudah maklum bahawa pasukan Harimau Malaya gagal menjuarai kejohanan edisi kali ini. Walaupun menang dengan jaringan 3-2 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Harimau Malaya tumpas dengan agregat jaringan 3-4 kepada pasukan 'Gajah Perang' Thailand.


Harimau Malaya berjaya membuatkan rakyat Malaysia bergembira bermula saat jaringan pembukaan oleh penjaring terbanyak kejohanan Safiq Rahim sebelum Indra Putra Mahyuddin menjaringkan gol kedua pada minit ke-45.

Sentuhan magis Safiq Rahim sekali lagi membuatkan Harimau Malaya terus mengaum pada malam itu apabila tendangan percumanya itu menerjah gawang Thailand dan menjadikan Harimau Malaya mendahului Thailand 3-0.


Namun impian 28 juta rakyat Malaysia musnah apabila Thailand berjaya menjaringkan gol pada minit ke 82 dan 88. Faktor keletihan para pemain Harimau Malaya di 10 minit terakhir dilihat sebagai punca kegagalan merangkul kejuaraan AFF edisi kali ini.

Pujian harus diberikan kepada keseluruhan skuad kebangsaan 2014 ini kerana telah menunjukkan prestasi yang menakjubkan sepanjang kejohanan. Tahniah juga kepada para penyokong yang hadir di stadium mahu pun yang sekadar menyaksikannya secara langsung di televisyen.

Thailand Juara


Ultra Malaya

Tahniah Thailand.
Terima kasih Harimau Malaya!

© 2013 Cikgu Hal's Pandora. All rights resevered. Designed by Templateism