Saban tahun negara kita dilanda banjir besar terutamanya pada hujung tahun di negeri-negeri pantai timur seperti Kelantan, Terengganu, dan Pahang. Namun kali ini banjir yang tiba sangat luar biasa kerana jumlah air hujan yang terlampau banyak menyebabkan air naik dengan begitu cepat dan pada paras yang tinggi. Situasi sebegini menyebabkan negeri Kelantan hampir terputus hubungan dengan negeri-negeri lain di semenanjung. Banyak jalan-jalan yang telah dinaiki air dan tidak kurang pula jalan raya yang runtuh. Terdapat hanya 1 atau 2 jalan sahaja yang dapat dilalui untuk ke Kelantan.
Pada masa ini semua agensi kerajaan seperti pasukan Bomba dan Penyelamat, JPAM, PDRM, ATM serta lain-lain lagi sedang giat memindahkan mangsa-mangsa banjir ke tempat yang lebih selamat. Sehingga kini, keadaan masih belum reda dan seramai 90,000 mangsa banjir di lima negeri telah dipindahkan. Semua maklumat terkini berkenaan bencana banjir boleh diperolehi di portal Majlis Keselamatan Negara (MKN)
Kita sebagai seorang insan mestilah mengganggap semua ini merupakan ujian daripada Allah s.w.t. Kita hendaklah bersabar dan redha terhadap ujian yang sedang berlaku ini. Marilah kita menadah tangan untuk berdoa ke hadrat Illahi agar kita dilindungi dari segala bencana yang lebih besar di samping memohon ampun kepadanya atas segala kesilapan yang telah kita lakukan.
Diharapkan kita sama-sama dapat membantu mangsa-mangsa banjir ini dalam apa jua bentuk yang kita mampu, sama ada tenaga, wang ringgit atau barang-barang keperluan asas. Hulurkan sumbangan anda kepada badan-badan kerajaan atau swasta yang sedang membantu mangsa-mangsa banjir ini agar beban yang mereka tanggung dapat diringankan (sila klik link di bawah)
Kepada semua mangsa-mangsa banjir, diharapkan anda semua dapat bersabar menghadapi dugaan ini, Kami seluruh rakyat Malaysia sentiasa berada di sisi anda sambil berdoa dan memberikan sokongan.
Ayuh Malaysia, Pray 4 Pantai Timur!
Kredit: Johor Southern Tigers, Astro Awani, Majlis Keselamatan Negara, Blog Rossa Calla
0 ulasan:
Catat Ulasan